TRIP SUKA SUKI

TRIP SUKA SUKI

Tuesday, 20 January 2015

Thursday, 15 January 2015

Trip Suka Suki Af : Promo


Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat semuaa...
mesti korang happy kan sbb harini last day keje untuk minggu ni.. ehehehe
best ah ade sabtu ahad. macam kami ni, sabtu ahad pon keje. kadang2 je cuti.

minggu ni ade event tournament bowling kat wangsa walk. pheww!

okay la straight to the point.
we all ade offer trip ke krabi cuti sekolah akan dtg.
haaa baru bukak sekolah dah pikir cuti sekolah yekkk!
hehehe mak bapak yg lebeh.

hehehehehehe
tape tape, bagus tu, quality time with family.

jadinye awok ni meng offer la trip ke krabi dgn pakej harga rm1300 sahaja untuk seorang.
jadinye bayaran yang kome buat tu, termasuk la ciri ciri di bawah :

1. tiket flight pergi & balik (termasuk baggage sume ar)
2. airport transfer (makne kate ade org jemput kat airport! xdele tercengang cengang.)
3. hotel bertaraf 3 bintang 
4. pakej pusing pulau dan snorkelling
5. makan minum utk setiap waktu breakfast, lunch dan dinner
6. tiket masuk ke tempat2 lawatan, seperti yg ade dlm itinerary.

jadinye kalau teringin nak pegi, sudi sudi le contact awok kat num 010-8107510.

awok tunggu yee...
call tau!

Sunday, 11 January 2015

Lubuk Timah

Hello Everybody!
Assalamualaikum wbt

Weekend yang lepas, aku dan suami pulang ke kampung halaman di ipoh, perak.
ini adalah, kali pertama kami pulang ke kampung sebagai suami isteri. ecewahhh!
jadi kami decide utk balik ke umah parent aku. ho yeahhhh!!!!

jadi sabtu pagi tu kami telah main masak2 di rumah, masak asam pedas. ayam rendang, sambal belacan dan jugak petaiii!!!!!! huahahahaha. special dish from mymum.

jadi ape kene mengena masakan di atas dgn travellog? ini die destinasi kami....





dulu tempat ni penah bukak kejap, tp ditutup sbb ade berlaku pelbagai perkara. antaranya hantu, org mati dan bla bla bla. tapi sekarang tempat tu telah di ambil oleh seorang dato dan dato tu telah bangunkan tempat ni dgn fasiliti yg selesa, cantik dan amat amat memuaskan. dan aku percaya, dato tu dan PULIHKAN kawasan ni.

lubuk timah ni terletak di simpang pulai. kalau kome dr ipoh, kome nak g cameron highlands jalan baru tu, haaa ade le signboard lubuk timah tu nanti.

nak masuk dalam ni kene bayaran rm3 satu kepala.
manakala utk sewa wakaf atau pondok adalah rm20 utk satu hari.

so guys. pergi le tambahkan pendapatan negeri perak. hihihi

so, u guys kalau nak pergi sini nak amek pakej makanan kampung dan homestay, boleh hubungi aku ye.
0108107510 aen.

jangan memalu!! hehehe.

JOM MELAWAT NEGERI PERAK!!!



Thursday, 8 January 2015

Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum wbt,

Perlis Indera Kayangan merupakan salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Perlis juga merupakan negeri yang paling kecil. Kecil-kecil cili padi tau.. Terdapat pelbagai tarikan yang ada di Negeri Perlis. Antaranya Gua Kelam, Taman Ular, Padang Besar, Wang Kelian, Homestay Ujung Bukit, Jeti Kuala Perlis, sawah padi yang terbentang luas dan yang paling penting jauh dari kesesakkan kota raya metropolitan.

Baru-baru ini, kami team media berpeluang melawat negeri cili padi ini. Kami telah menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Star, Kedah. Perjalanan menaiki pesawat mengambil masa hanya 45 minit, berbanding 6 jam menaiki kereta dari Kuala Lumpur.

Kite mampu naik ekonomi kelas jee. tu pon Tourism yang sponsor. ehehehe

Kite sempat ambil gambar sungai yang melimpah di sekitar negeri Kedah.
Masa ni, Malaysia ditimpa dugaan hebat yang mana banjir luar biasa telah berlaku.

kite bersama Penerbit dari eWana.fm

Kami ke sana selama 3 hari 2 malam, bermula 27 hingga 29 Disember 2014.
Sepanjang di Perlis kami menginap di Hotel Putra Palace. Hotel bertaraf 4 bintang ini di uruskan oleh seorang wanita melayu. Hebatkan? Hotel ini mempunyai bilik standard, bilik famili,  bilik suite, dan penthouse. Kadar harganya sangat murah dan berbaloi.
Antara fasiliti yang terdapat di sini ialah kolam renang, kafeteria, karaoke lounge, SPA, dan wifi.







wokeh, kat atas ni gambar gambar pemandangan di Hotel Putra Palace. eh terlebeh pomot hotel plak. hihihihihi. bukan apa, kalau tempat tidur selesa, kan indah perjalanan dan percutian tu. kalau dapat honeymoon kat penthouse dia, memang syok habis la. hahahaha

Sebenarnya, Perlis ni lebih kepada percutian yang jauh dari kesibukan kota. Jadi jangan harap lah nak jumpa panggung wayang atau tempat tempat hiburan macam kat KL ni. sawah padi banyak! haaaa tengok ni...





Jadi kita nak promote sikit la pasal Homestay Ujung Bukit ni..
Homestay ni terletak di hujung kaki bukit. terdapat bilik bilik dan dorm untuk di inapkan.
kalau mengkome berminat atau teringin nak gigil mandi di pagi pagi subuh keredek. kome patut la cuba ye.

aktiviti yang kome boleh jalankan di sini ialah, memancing, belajar memasak, turun bendang, main wau, main selut, naik lembu / kerbau, dan pelbagai lagi aktiviti kampung.

selain tu kome boleh melawat Muzium Kota Kayang bagi mendapatkan sedikit pengetahuan berkenanaan Negeri Perlis Indera Kayangan ni.

last but not least,

kalau nak pakej percutian ke Perlis Indera Kayangan, sudi lah kiranya melawat page FB kite iaitu
https://www.facebook.com/AFtrip

atau

wassap nombor ni 010-8107510.
kekadang kome tak boleh nak wassap dulu. jadi ada baiknya korang sms dan beritahu nama, kemudian saya akan wassap atau hubungi anda kembali.

jangan malu-malu juga untuk emel sebarang cadangan atau komen atau pendapat ke tripsukasukiaf@gmail.com

yeahh!!! ok lah, bye!!!


assalamualaikum!!!