Perlis Indera Kayangan merupakan salah sebuah negeri yang ada di Malaysia. Perlis juga merupakan negeri yang paling kecil. Kecil-kecil cili padi tau.. Terdapat pelbagai tarikan yang ada di Negeri Perlis. Antaranya Gua Kelam, Taman Ular, Padang Besar, Wang Kelian, Homestay Ujung Bukit, Jeti Kuala Perlis, sawah padi yang terbentang luas dan yang paling penting jauh dari kesesakkan kota raya metropolitan.
Baru-baru ini, kami team media berpeluang melawat negeri cili padi ini. Kami telah menaiki pesawat MAS dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim yang terletak di Alor Star, Kedah. Perjalanan menaiki pesawat mengambil masa hanya 45 minit, berbanding 6 jam menaiki kereta dari Kuala Lumpur.
Kite mampu naik ekonomi kelas jee. tu pon Tourism yang sponsor. ehehehe
Kite sempat ambil gambar sungai yang melimpah di sekitar negeri Kedah.
Masa ni, Malaysia ditimpa dugaan hebat yang mana banjir luar biasa telah berlaku.
kite bersama Penerbit dari eWana.fm
Kami ke sana selama 3 hari 2 malam, bermula 27 hingga 29 Disember 2014.
Sepanjang di Perlis kami menginap di Hotel Putra Palace. Hotel bertaraf 4 bintang ini di uruskan oleh seorang wanita melayu. Hebatkan? Hotel ini mempunyai bilik standard, bilik famili, bilik suite, dan penthouse. Kadar harganya sangat murah dan berbaloi.
Antara fasiliti yang terdapat di sini ialah kolam renang, kafeteria, karaoke lounge, SPA, dan wifi.
wokeh, kat atas ni gambar gambar pemandangan di Hotel Putra Palace. eh terlebeh pomot hotel plak. hihihihihi. bukan apa, kalau tempat tidur selesa, kan indah perjalanan dan percutian tu. kalau dapat honeymoon kat penthouse dia, memang syok habis la. hahahaha
Sebenarnya, Perlis ni lebih kepada percutian yang jauh dari kesibukan kota. Jadi jangan harap lah nak jumpa panggung wayang atau tempat tempat hiburan macam kat KL ni. sawah padi banyak! haaaa tengok ni...
Jadi kita nak promote sikit la pasal Homestay Ujung Bukit ni..
Homestay ni terletak di hujung kaki bukit. terdapat bilik bilik dan dorm untuk di inapkan.
kalau mengkome berminat atau teringin nak gigil mandi di pagi pagi subuh keredek. kome patut la cuba ye.
aktiviti yang kome boleh jalankan di sini ialah, memancing, belajar memasak, turun bendang, main wau, main selut, naik lembu / kerbau, dan pelbagai lagi aktiviti kampung.
selain tu kome boleh melawat Muzium Kota Kayang bagi mendapatkan sedikit pengetahuan berkenanaan Negeri Perlis Indera Kayangan ni.
last but not least,
kalau nak pakej percutian ke Perlis Indera Kayangan, sudi lah kiranya melawat page FB kite iaitu
https://www.facebook.com/AFtrip
atau
wassap nombor ni 010-8107510.
kekadang kome tak boleh nak wassap dulu. jadi ada baiknya korang sms dan beritahu nama, kemudian saya akan wassap atau hubungi anda kembali.
jangan malu-malu juga untuk emel sebarang cadangan atau komen atau pendapat ke tripsukasukiaf@gmail.com
yeahh!!! ok lah, bye!!!
assalamualaikum!!!
No comments:
Post a Comment